Thursday 8 May 2014

Panduan Menyimpan Susu Ibu Dalam Peti Sejuk

Saya masih teringat kenangan manis saya semasa bf baby Qayyum 2 tahun lepas. Peti sejuk rumah penuh ngan susu dia...tiap2 hari pam kat ofis, bawa balik rumah pas2 cpat2 simpan dlm freezer...nasib baik ofis ada peti sejuk. Ibu2 bf marilah kaji cara2 yg disarankan oleh pakar.

Susu badan anda boleh disimpan mengikut cara2 berikut:

1. Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama 4 jam.

2. Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.

3. Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama 3 hingga 6 bulan.

Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.

Last sekali, ibu2 menyusu sekalian, pilihlah bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat untuk menyimpan susu badan anda.

www.hazritakahar.blogspot.com hazritakahar 012-5785845




Carian Google

No comments:

Post a Comment