Sunday 18 May 2014

11 Rahsia Susu Ibu Meriah Di Bulan RAMADHAN...

Assalammualaikum semua, 

Adakah kalian sedar bahawa bulan Ramadhan sudah menghampiri kita, InsyaAllah kita akan meraihkan bulan yang mulai ini tak lama lagi. Saya yakin masih ramai ibu menyusu yang masih kurang pasti cara yang paling berkesan untuk menyusukan anak dalam bulan yang mulia ini.   

Marilah kita mengikuti cara-cara berikut, InsyahAllah rezeki susu melimpah untuk anak-anak kesayangan kita:


1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. 
  • Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah susu setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan anak dan sambung semula sesi pemerhanan susu.
  • Ketahuilah konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara maka semakin banyak susu dapat dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini adalah kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
Carian Google

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu adalah langkah yang salah!
  • Ketahuilah bahawa payudara anda adalah sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu lagi.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas baru selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), anak akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
    Carian Google

3. Minum banyak Air

  • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. 
  • Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
Carian Google


4. Fikir Bayi Fikir Susu 

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. 
  • Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu.
  • Di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Letaklah gambar anak sambil berselawat & berzikir semasa sesi mengepam

5. Berdisiplin 

  • Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan.
    Kebanyakkan ibu menyusu akan ponteng mengepam semasa hujung minggu. Sebenarnya masa hujung minggu adalah masa yang terbaik boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tandem Pumping

  • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. 
  • Amalan in memerlukan disiplin dan latihan yang kerap. Namun saya yakin ibu-ibu mampu mencapainya dengan hati yang cekal.
7. Teknik Marmet
  • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu.
  • Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. 
  • Jadi janganlah terus cuci corong selepas pam. Buatlah perahan guna tangan. Sangat membantu.
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. 
  • Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, ambil masa dalam 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsangkan otak untuk menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
9. Penyusuan Malam 
  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini adalah kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap.
  • Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.



10. Urutan

  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com


11. Pengambilan supplement


  • Jika anda berminat mengambil supplement, anda boleh mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee. Komposisi milkbooster adalah seperti berikut:
a) ESP - Soy Protein Isolate Powder
Set Menyusu Daripada Shaklee
Selamat meneruskan perjuangan dalam usaha 'GIVE THE BEST MILK' kepada anak-anak kita. Doalah kepada Allah untuk menambah susu ibu kita. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar & Maha Menolong.

Jika anda berminat, saya dapat dihubungi melalui:
email: hazritakahar@gmail.com & muchbella@yahoo.com
call/SMS/Whatsapp: 012-5785845
Salam Sayang,

hazritakahar   www.hazritakahar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment