Wednesday 7 May 2014

Benarkah susu ibu adalah pilihan yang terbaik terhadap bayi anda?

Assalamualaikum Ibu-ibu yang dirahmati Allah sekalian,

Saya nak kongsikan beberapa fakta mengenai kebaikan menyusui bayi kita, harap anda semua dapat manfaat daripada perkongsian ini:

1. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya.

2. Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:
a. gastroenteritis;
b. pneumonia dan bronkolitis;
c. jangkitan salur kencing;
d. ekzema;
e. jangkitan telinga.

3. Bayi yang diberi susu badan mempunyai tekanan darah & kadar kolesterol lebih rendah lantas kurang berkemungkinan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.

4. Menyusu badan dapat mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid).

5. Ia dapat melindungi ibu menyusu daripada kanser ovari dan osteoporosis (tulang lemah) ketika lanjut usia.

Selamat Menyusu bayi anda.....

www.hazritakahar.blogspot.com   hazritakahar   012-5785845

    Carian Google

No comments:

Post a Comment