Monday 19 May 2014

Panduan Ibu Menyusu Berkerjaya (Part 1)


Carian Google
Bagi ibu-ibu menyusu yang berkerjaya, bekalan & keperluan dalam list dibawah hendaklah disediakan terlebih dahulu untuk melancarkan proses pengepam susu badan di tempat kerja:

1. Pam susu

Ini merupakan perkara yang paling penting, iaitu menyediakan pam susu sama ada pam elektrik atau manual. Pam susu yang sesuai dapat menjimatkan masa ibu mengepam ketika di tempat kerja. Selain itu, ianya perlulah ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Namun begitu, jika ibu tidak mempunyai pam susu, anda masih boleh menyusukan anak secara eksklusif dengan memerah susu menggunakan tangan.


2. Botol / Plastik penyimpan susu

Plastik penyimpan susu lazimnya digunakan untuk menyimpan susu ibu yang diperah ketika bekerja. Penggunaan plastik susu akan mengurangkan penggunaan ruang dan dapat disusun dengan teratur di dalam peti ais. Terdapat pelbagai jenis jenama & bentuk botol/plastik penyimpan susu, pilihlah jenis yang sesuai dengan keperluan kita & cara penyimpanan stok dalam peti ais.

3. Beg penyejuk

Beg penyejuk dan blok penyejuk mengekalkan suhu sejuk susu dan menjadikannya tahan lama selepas dipam. Ianya membolehkan susu ibu terus disimpan di dalam peti ais sewaktu sampai di rumah.
Carian Google

4. Coli menyusu

Coli yang salah boleh menyebabkan susu tersekat ketika menyusu. Perkara ini amat serius dan memudaratkan. Sekiranya ibu menyusukan bayi menggunakan coli biasa, pastikan coli dibuka secara keseluruhan dan tiada mana-mana bahagian payudara yang tersekat dengan coli terutama bahagian getahnya.

5. Pemanas susu ibu

Pemanas susu ibu digunakan pada waktu siang ketika anak di bawah jagaan pengasuh iaitu selepas bayi berusia dua atau tiga bulan. Jika tiada pemanas, susu ibu boleh direndam di dalam air suam dengan suhu di bawah 40 darjah Celsius untuk mengekalkan bahan penting serta nutrisi di dalam susu ibu.


6. Supplement
 

Letaklah satu set supplemet di tempat kerja supaya anda dapat bekalan supplement yang secukupnya. Langkah ini adalah sangat penting bagi memastikan ibu berkerjaya sentiasa dalam kesihatan yang tip-top, cergas, ceria & tidak penat walaupun selepas selesai tugas masing-masing di tempat kerja.  

Ini adalah kunci kepada susu ibu yang meriah, InsyahAllah. Komposisi milkbooster yang dicadangkan adalah seperti berikut:

a) ESP - Soy Protein Isolate Powder

Kita akan bincang selanjutnya perkara-perkara yang kena diikuti untuk memudahkan pengepaman susu ibu dalam post seterusnya. Selamat beramal.........

www.hazritakahar.blogspot.com   
hazritakahar   012-5785845

No comments:

Post a Comment