Saturday 31 May 2014

Testimoni Customer En. Husband


Lama juga mummy mengandung nie tak update blog, maklumlah dekat nak due, sakit sini sana.....tumbuh gigi bongsu pulak...huhu...

Hari ini saya nak kongsikan testimoni daripada salah seorang customer en husband saya, Mr. V di Pulau Pinang. Mr. V merupakan seorang jurutera di pejabat kontraktor di Pulau Pinang.

Mr. V start tanya pasal set menyusu selepas isterinya bersalin anak kedua mereka selepas raya cina. Rupa-rupanya isteri Mr. V tak pernah bf anak pertama mereka, malah mereka menyusu sepenuhnya susu tepung yang mencecah RM 100++ setin (boleh tahan seminggu sahaja!!)

Selepas mengetahui rahsia susu ibu banyak dari segi permakanan dan teknik mengepam, Mr. V membuat keputusan untuk mencuba set menyusu dengan mengambil ESP & Alfalfa dulu.

Alhamdulillah dengan berkat-Nya, isteri Mr. V rasa perubahan yang ketara semasa bf anak kedua mereka. Susu dia semakin banyak dan walaupun dia berkerja sepanjang hari di pejabat, dia masih mampu mengepam susu di pejabat dan cukup untuk anak mereka.

Isterinya siap letak ESP & Alfalfa di pejabat untuk memastikan dia mengambil ikut jadual yang dicadangkan. Isterinya telahpun restock selepas ESP & Alfalfa dia habis.

Apbl En. suami bertanya tentang keberkesanan ESP & Alfalfa yang diambil semasa meeting di tapak bina, Mr. V sangat berpuas hati sebab dia dapat jimat $$$ untuk bayar ansuran rumah landed mereka di Seberang Perai.

Bagi sesiapa yang ingin try set ini, bolehlah order dari saya.

Sharing is caring.........

hazritakahar   012-5785845

hazritakahar@gmail.com

www.hazritakahar.blogspot.com




Monday 19 May 2014

Panduan Ibu Menyusu Berkerjaya (Part 1)


Carian Google
Bagi ibu-ibu menyusu yang berkerjaya, bekalan & keperluan dalam list dibawah hendaklah disediakan terlebih dahulu untuk melancarkan proses pengepam susu badan di tempat kerja:

1. Pam susu

Ini merupakan perkara yang paling penting, iaitu menyediakan pam susu sama ada pam elektrik atau manual. Pam susu yang sesuai dapat menjimatkan masa ibu mengepam ketika di tempat kerja. Selain itu, ianya perlulah ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Namun begitu, jika ibu tidak mempunyai pam susu, anda masih boleh menyusukan anak secara eksklusif dengan memerah susu menggunakan tangan.


2. Botol / Plastik penyimpan susu

Plastik penyimpan susu lazimnya digunakan untuk menyimpan susu ibu yang diperah ketika bekerja. Penggunaan plastik susu akan mengurangkan penggunaan ruang dan dapat disusun dengan teratur di dalam peti ais. Terdapat pelbagai jenis jenama & bentuk botol/plastik penyimpan susu, pilihlah jenis yang sesuai dengan keperluan kita & cara penyimpanan stok dalam peti ais.

3. Beg penyejuk

Beg penyejuk dan blok penyejuk mengekalkan suhu sejuk susu dan menjadikannya tahan lama selepas dipam. Ianya membolehkan susu ibu terus disimpan di dalam peti ais sewaktu sampai di rumah.
Carian Google

4. Coli menyusu

Coli yang salah boleh menyebabkan susu tersekat ketika menyusu. Perkara ini amat serius dan memudaratkan. Sekiranya ibu menyusukan bayi menggunakan coli biasa, pastikan coli dibuka secara keseluruhan dan tiada mana-mana bahagian payudara yang tersekat dengan coli terutama bahagian getahnya.

5. Pemanas susu ibu

Pemanas susu ibu digunakan pada waktu siang ketika anak di bawah jagaan pengasuh iaitu selepas bayi berusia dua atau tiga bulan. Jika tiada pemanas, susu ibu boleh direndam di dalam air suam dengan suhu di bawah 40 darjah Celsius untuk mengekalkan bahan penting serta nutrisi di dalam susu ibu.


6. Supplement
 

Letaklah satu set supplemet di tempat kerja supaya anda dapat bekalan supplement yang secukupnya. Langkah ini adalah sangat penting bagi memastikan ibu berkerjaya sentiasa dalam kesihatan yang tip-top, cergas, ceria & tidak penat walaupun selepas selesai tugas masing-masing di tempat kerja.  

Ini adalah kunci kepada susu ibu yang meriah, InsyahAllah. Komposisi milkbooster yang dicadangkan adalah seperti berikut:

a) ESP - Soy Protein Isolate Powder

Kita akan bincang selanjutnya perkara-perkara yang kena diikuti untuk memudahkan pengepaman susu ibu dalam post seterusnya. Selamat beramal.........

www.hazritakahar.blogspot.com   
hazritakahar   012-5785845

Sunday 18 May 2014

4 Jenis Makanan yang Akan Menjejaskan Susu Ibu Anda!!!!

Adakah anda risau pasal apa-apa yang anda tidak patut ambil semasa anda memberi susu badan kepada baby anda? Adakah anda risau susu badan anda terganggu jika tersilap mengambil makanan? Sekarang anda tidak perlu risau lagi sebab anda perlu mengambil tahu 4 jenis makanan ini sahaja!!!! 

Mungkin anda pernah dengar macam-macam peringatan bahawa anda perlu menjauhi sesetengah makanan yang memang 'strong flavored' umpamanya makanan pedas & berempah serta ketika anda breastfeeding? Berikut adalah 4 jenis makanan yang patut anda jauhi & hadkan permakanannya dan bukannya makanan berempah & pedas!!!

 

1) Ikan yang mengandungi kandungan Mercury yang Tinggi 

Secara amnya semua jenis ikan mengandungi mercury iaitu sejenis bahan pencemaran yang dikenali sebagai neurotixin yang akan merosakkan otak baby!!! Namun begitu, kebaikan makan ikan seperti kandungan protein yang tinggi & lemak yang rendah telah mengetepikan risiko mengmbilnya semasa anda memberi susu badan.

Sebenarnya kebanyakkan ikan pun mempunyai kandungan yang mercury tertentu yang boleh diterima. Sebenarnya ikan yang perlu anda jauhi ialah ikan todak, ikan tenggiri, ikan jerung dan sebagainya.

Ikan-ikan sebegini merupakan ikan pemangsa dalam hirarki tertinggi, maka kandungan mercury dalam badan mereka juga adalah yang paling tinggi. Jadi mereka hendaklah disingkirkan sepenuhnya daripada senarai makanan anda. Ikan-ikan yang mengandungi kandungan mecrury yang rendah ialah ikan salmon, ikan tuna, ikan keli & udang.

 
Carian Google - Ikan Salmon

2) Minuman berkafein 

Minuman berkafein adalah merujuk kepada kopi, teh dan sebagainya. Walaupun kita selalu dengar nasihat bahawa ibu menyusu tidak boleh minum kopi & teh, namun sebenarnya ianya adalah dibolehkan dengan syarat dalam dos yang sedikit.

Maka anda jangan risau dan teruskan dengan secawan kopi pada waktu pagi ataupun minum teh petang; dengan syarat TIDAK LEBIH DARIPADA DUA CAWAN SEHARI

Adalah diketahui bahawa kandungan kafein akan diserap kedalam saluran darah kita dan bercampur dengan susu badan kita. Jadi kalau kita mengambil minuman berkafein yang berlebihan, baby kita akan rasa gugup atau gelisah.  

Carian Google

3) Pudina  

Kita tak mungkin makan pudina dalam kuantiti yang banyak. Akan tetapi pudina adalah herba yang diketahui umum yang akan membantutkan bekalan susu badan kita.

Sesetengah ibu menyusu di luar negara menggunakan pudina sebagai medium untuk menghentikan bekalan air susu badan. Walaupun secawan teh berpudina tidak akan membawa kesan sedemikian, namun ibu menyusu kena berhati-hati dengan kesannya.

Carian Google

 4) Daun Saga  

Daun saga mempunyai kesan yang serupa dengan pudina dimana ianya digunakan untuk menghentikan bekalan susu badan. Namun ianya memerlukan kuantiti yang banyak untuk mencapai kesan sedemikian.

Selamat beramal ibu-ibu menyusu kalian. Sharing is caring.........

www.hazritakahar.blogspot.com   hazritakahar   012-5785845

11 Rahsia Susu Ibu Meriah Di Bulan RAMADHAN...

Assalammualaikum semua, 

Adakah kalian sedar bahawa bulan Ramadhan sudah menghampiri kita, InsyaAllah kita akan meraihkan bulan yang mulai ini tak lama lagi. Saya yakin masih ramai ibu menyusu yang masih kurang pasti cara yang paling berkesan untuk menyusukan anak dalam bulan yang mulia ini.   

Marilah kita mengikuti cara-cara berikut, InsyahAllah rezeki susu melimpah untuk anak-anak kesayangan kita:


1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. 
  • Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah susu setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan anak dan sambung semula sesi pemerhanan susu.
  • Ketahuilah konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara maka semakin banyak susu dapat dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini adalah kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
Carian Google

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu adalah langkah yang salah!
  • Ketahuilah bahawa payudara anda adalah sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu lagi.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas baru selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), anak akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
    Carian Google

3. Minum banyak Air

  • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. 
  • Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
Carian Google


4. Fikir Bayi Fikir Susu 

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. 
  • Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu.
  • Di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Letaklah gambar anak sambil berselawat & berzikir semasa sesi mengepam

5. Berdisiplin 

  • Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan.
    Kebanyakkan ibu menyusu akan ponteng mengepam semasa hujung minggu. Sebenarnya masa hujung minggu adalah masa yang terbaik boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tandem Pumping

  • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. 
  • Amalan in memerlukan disiplin dan latihan yang kerap. Namun saya yakin ibu-ibu mampu mencapainya dengan hati yang cekal.
7. Teknik Marmet
  • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu.
  • Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. 
  • Jadi janganlah terus cuci corong selepas pam. Buatlah perahan guna tangan. Sangat membantu.
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. 
  • Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, ambil masa dalam 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsangkan otak untuk menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
9. Penyusuan Malam 
  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini adalah kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap.
  • Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.



10. Urutan

  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com


11. Pengambilan supplement


  • Jika anda berminat mengambil supplement, anda boleh mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee. Komposisi milkbooster adalah seperti berikut:
a) ESP - Soy Protein Isolate Powder
Set Menyusu Daripada Shaklee
Selamat meneruskan perjuangan dalam usaha 'GIVE THE BEST MILK' kepada anak-anak kita. Doalah kepada Allah untuk menambah susu ibu kita. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar & Maha Menolong.

Jika anda berminat, saya dapat dihubungi melalui:
email: hazritakahar@gmail.com & muchbella@yahoo.com
call/SMS/Whatsapp: 012-5785845
Salam Sayang,

hazritakahar   www.hazritakahar.blogspot.com

Wednesday 14 May 2014

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...


ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

PENAJA INFO : KLIK --->> Kidz collection corner

Thursday 8 May 2014

Panduan Menyimpan Susu Ibu Dalam Peti Sejuk

Saya masih teringat kenangan manis saya semasa bf baby Qayyum 2 tahun lepas. Peti sejuk rumah penuh ngan susu dia...tiap2 hari pam kat ofis, bawa balik rumah pas2 cpat2 simpan dlm freezer...nasib baik ofis ada peti sejuk. Ibu2 bf marilah kaji cara2 yg disarankan oleh pakar.

Susu badan anda boleh disimpan mengikut cara2 berikut:

1. Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama 4 jam.

2. Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.

3. Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama 3 hingga 6 bulan.

Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.

Last sekali, ibu2 menyusu sekalian, pilihlah bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat untuk menyimpan susu badan anda.

www.hazritakahar.blogspot.com hazritakahar 012-5785845




Carian Google

Kaedah Penyusuan Bayi Kembar




Carian Google


Baby kembar ohhhhh baby kembar.....kami sekeluarga teringin sgt memiliki baby kembar mcm ni...pakai baju sama, seluar sama, kasut sama, makan comot pun sama....hahah....siapa ada pengalaman sebegini tlg share ngan saya....Ini mmg impian hubby saya.

www.hazritakahar.blogspot.com hazritakahar 012-5785845